//01



Home About Stuff Linkies




AL - UBUDIYYAH
Wednesday, 13 January 2016 | 0 Superman(s)
Al – Ubudiyyah
Al- Ubudiyyah ialah prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seoarang insane dengan seikhlasnya hanya kepada Allah SWT.
Oleh sebab itu , semua kegiatan individu ataupun sesebuah organisasi hendaklah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah SWT.
Islam mempunyai konsep dan maksud yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta alam semesta. Pandangan Islam tentang ketuhanan ialah berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan menetapkan peranannya kepada keimanan yang satu kepada Allah.



Di atas merupakan petikan surah Al – Baqarah, ayat 30 yang menunjukkan pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah SWT memberikan muka bumi ini kepada manusia untuk diperintah dan membangunkan organisasi yang berjaya berlandaskan syariah Islam.

Hubungan antara Ubudiyyah dengan organisasi adalah :
·        
·        -  Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Konsep ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang selari dengan matlamat yang mahu dicapai oleh Islam.
·         - Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi perlu selari dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Konsep ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam di samping menegaskan penolakan terhadap konsep "matlamat menghalalkan cara".
        - budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT.  Maka dengan itu, budaya yang bernafaskan nilai Islam akan wujud dalam organisasi tersebut.


Konsep ubudiyyah difahami dan dihayati dengan baik,  maka elemen ini mampu memberi kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan.

Antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah yang berikut :
·        
     - Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Hal ini boleh menjadikan mereka seorang yang sensitif terhadap arahan dan tegahan dalam agama Islam.
·        -  Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.  Konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya yang positif dalam organisasi.
·         - Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
·        - Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembang



Older | Newer
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music