
Wednesday, 13 January 2016 | 0 Superman(s)
Al – Hurriyah
Al – Hurriyah membawa maksud kebebasan. Kebebasan menjadi
salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini juga bertitik tolak daripada
hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia milki sejak
dilahirkan. Oleh hal yang demikian, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan
tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT.
Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi
kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut :
- Kebebasan beragama atau
mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.
- Kebebasan berfikir.
- Kebebasan bersuara.
- Kebebasan memiliki dan mencari
harta.
- Kebebasan untuk menuntut ilmu.
- Kebebasan bergerak.
Tiga perkara diambil kira untuk kebebasan dalam Islam untuk setiap idividu
Kebebasan tidak menganggu
kepentingan orang lain atau kepentingan awam. Hal ini kerana apabila bertembung antara kepentingan
peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum hendaklah didahulukan. Kebebasan tidak menganggu kepentingan
organisasi yang membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan
berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri. Kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan
prinsip agama. Jika bercanggah, maka
dengan sendirinya akan terbatal.
Petikan
surah Yunus ayat 99 yang bermaksud :
"Dan jikalau Tuhanmu
menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka
apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi or ang-orang yang
beriman semuanya?"
Ayat ini menunjukkan Allah telah memberikan kebebasan
kepada hambaNya sebagai penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki oleh
seseorang individu.