
Wednesday, 13 January 2016 | 0 Superman(s)
Pengenalan
Prinsip
ialah asas atau dasar yang menjadi tunjang kepada sesuatu pemikiran, tindakan
atau pelaksanaan. Dalam aspek pengurusan islam, prinsip bertindak sebagai
landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan bagi mencapai
sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan.
Pentadbiran
dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, dan juga daya
pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam bersifat global,
universal dan kekal.
Pengurusan
Islam secara hakikatnya ialah terjemahan kepada “ Kerajaan Islam “ atau pemerintahan Islam.
Prinsip-prinsip
tersebut ialah :
-
Al – Ubudiyyah
-
Al – Syura
-
Al – Hurriyah
-
Al – Musawah
-
Al – Adalah

Al
– Ubudiyyah
Al-
Ubudiyyah ialah prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi
utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk kepada sifat pengabdian
diri seoarang insane dengan seikhlasnya hanya kepada Allah SWT.
Oleh
sebab itu , semua kegiatan individu ataupun sesebuah organisasi hendaklah berpegang
kepada konsep pengabdian diri kepada Allah SWT.
Islam
mempunyai konsep dan maksud yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah
SWT sebagai pencipta alam semesta. Pandangan Islam tentang ketuhanan ialah
berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan menetapkan peranannya kepada
keimanan yang satu kepada Allah.
Di
atas merupakan petikan surah Al – Baqarah, ayat 30 yang menunjukkan pengakuan
dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah SWT memberikan muka bumi ini kepada
manusia untuk diperintah dan membangunkan organisasi yang berjaya berlandaskan
syariah Islam.
Hubungan
antara Ubudiyyah dengan organisasi adalah :
·
· - Matlamat atau hala tuju organisasi perlu
seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Konsep ini akan menjadikan
matlamatnya sesuatu yang selari dengan matlamat yang mahu dicapai oleh Islam.
· - Cara, kaedah atau kegiatan yang
dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi perlu selari dengan konsep
ubudiyyah kepada Allah. Konsep ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat
tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam di samping menegaskan penolakan
terhadap konsep "matlamat menghalalkan cara".
- budaya
yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian
diri kepada Allah SWT. Maka dengan itu,
budaya yang bernafaskan nilai Islam akan wujud dalam organisasi tersebut.
Konsep
ubudiyyah difahami dan dihayati dengan baik,
maka elemen ini mampu memberi kesan yang positif kepada pembentukan
watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan.
Antara
perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah yang berikut :
·
- Warga organisasi akan mengaitkan segala
kegiatan dalam organisasi dengan agama. Hal ini boleh menjadikan mereka seorang
yang sensitif terhadap arahan dan tegahan dalam agama Islam.
· - Warga organisasi akan berusaha untuk
menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah, iaitu
dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
Konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya yang
positif dalam organisasi.
· - Budaya yang wujud dalam organisasi
menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Budaya
positif akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara
yang negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
· - Agama menjadi unsur utama dalam
menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga
organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan
perkembang

Al
– Syura
Al
– syura ialah prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingannya ditegaskan
dengan jelas dan nyata di dalam al-Quran. Kemudian dikukuhkan lagi dengan oleh
sunnah Rasulullah serta amalan para sahabat.
Al-syura
yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap
penting dalam kehdupan seharian.
Antara
kepentingan al – syura dalam hubungannya dengan pengurusan :
·
Amalan syura menjadikan
keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang
dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seseorang.
·
Syura dapat memantapkan keputusan yang
dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
·
Syura dapat mengelakkan kekeliruan dan
ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan
melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
·
Kesalahan
yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara
bersama.
·
Syura bertujuan meningkatkan komitmen
pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama.
·
Syura
merupakan
wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpegalaman dan berkemahiran.
Dikukuhkan lagi dengan Surah As- Syura , potongan
ayat 38 :
Maksudnya ,
Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Ayat ini
menunjukkan Allah menggalakkan kita untuk melaksanakan urusan mengikut
musyawarah ataupun syura yang akan membawa kepada pelbagai kebaikan.
Sifat-sifat
baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti :
- Seorang yang pintar atau
bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
- Seorang yang tidak melakukan
kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan
kejahatan.
- Seorang yang jujur dan bertaqwa.
- Seorang yang tidak pengecut,
tidak kedekut dan tidak tamak.
- Seorang yang adil.
- Seorang yang berilmu dan
terpelajar.
- Seorang yang tekun dan sabar
dalam menjalankan tugas dan amanah.
Fungsi
syura dalam konteks organisasi menurut Abdullah (1990) :
- Menggubal peraturan- peraturan
organisasi.
- Menjalankan setiap aktiviti
organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
- Meluluskan program-program
kewangan.
- Mengulang kaji dasar-dasar
organisasi dan memikirkan cara untuk melicinkan lagi pentadbiran
organisasi.
- Berkuasa mengisytiharkan
rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
- Meluluskan kontrak, perkongsian
dan perjanjian dengan organisasi luar.
- Memberikan kebebasan kepada
setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi
kemaslahatan organisasi.
- Menggunakan harta dan
belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.

Al – Hurriyah
Al – Hurriyah membawa maksud kebebasan. Kebebasan menjadi
salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini juga bertitik tolak daripada
hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia milki sejak
dilahirkan. Oleh hal yang demikian, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan
tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT.
Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi
kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut :
- Kebebasan beragama atau
mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.
- Kebebasan berfikir.
- Kebebasan bersuara.
- Kebebasan memiliki dan mencari
harta.
- Kebebasan untuk menuntut ilmu.
- Kebebasan bergerak.
Tiga perkara diambil kira untuk kebebasan dalam Islam untuk setiap idividu
Kebebasan tidak menganggu
kepentingan orang lain atau kepentingan awam. Hal ini kerana apabila bertembung antara kepentingan
peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum hendaklah didahulukan. Kebebasan tidak menganggu kepentingan
organisasi yang membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan
berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri. Kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan
prinsip agama. Jika bercanggah, maka
dengan sendirinya akan terbatal.
Petikan
surah Yunus ayat 99 yang bermaksud :
"Dan jikalau Tuhanmu
menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka
apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi or ang-orang yang
beriman semuanya?"
Ayat ini menunjukkan Allah telah memberikan kebebasan
kepada hambaNya sebagai penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki oleh
seseorang individu.

Al – Musawah
Al – Musawah atau persamaan ialah antara prinsip –
prinsip pengurusan dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa
manusia berasal daripada keturunan yang satu, iaitu berasal dari Nabi Adam AS.
Perkara- perkara yang membezakan setiap seorang manusia dengan manusia lain
ialah amalm , tanggungjawab, dan ketakwaan. Berikut ialah keratan Surah Al-
Hujurat ayat 13 :
Perlaksaan
persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :
- Semua warga organisasi harus
diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
- Warga organisasi hendaklah
dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia
mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri
- Persamaan juga hendaklah diaplikasikan
dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat
merasai peluang dan hak yang sama.
- Pembahagian tugas hendaklah
mengambil kira aspek kamusiaan dan persamaan.
Kesimpulannya , Al – Musawah merupakan prinsip pengurusan
Islam yang melambangkan kebersamaan Islam dan organisasinya. Pendekatan Islam
bukanlah melalui warna kulit, keturunan dan lain – lain tetapi dibina atas
dasar persamaan yang dalam.

Al - Adalah
Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan ataupun
kesaksamaan . Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak , iaitu pemberian hak
kepada yang selayaknya dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Keadilan juga bermkasud bercakap benar, jujur dan amanah,
menjauhi perkara yang haram , menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa – apa
jua keadaan sekali pun dan menjaga maruah.
Dari aspek organisasi , keadilan ialah tunjang kepada segala
bentuk amalan pengurusan yang dijalankan dengan melibatkan perkara- perkara
seperti :
·
Keadilan perlu diamalkan dalam proses
pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan
yang ditetapkan.
·
Keadilan
juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut
diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.
·
Keadilan
harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau
pilih kasih.

Dapat kita rumuskan bahawa prinsip ialah dasar yang penting
dalam sesuatu pemikiran. Prinsip sesebuah “ Negara Islam “ mengandungi prinsip
– prinsip seperti Al – Ubudiyyah, Al –
Syura , Al – Hurriyah , Al – Musaah dan juga Al – Adalah. Al – Ubudiyyah
membawa maksud prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat atau visi dan
fungsi utama manusia sebagai hamba Allah SWT. Manakala Al – Syura
merupakan muzakarah atau musyawarah , Al
– Hurriyah pula bermaksud kebebasan. Al – Musawah beerti manusia berasal dari
keturunan yang satu dan sama iaitu Nabi Adam AS. Akhir sekali ialah Al – Adalah
yang membawa maksud keadilan yang penting dalam sesebuah organisasi.